Ahad, 24 April 2011

BAHAGIAN A (ANTHROPOMETRIK)


BAHAGIAN B (KECERGASAN)

UJIAN 4 : BERAT BADAN

1.         Definisi           :           Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) dengan
berpakaian sukan lengkap tanpa beralas kaki.

2.         Rasional          :           Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap
pencapaian sukan dan permainan tertentu.

Contoh            :           Atlet acara larian dan berbasikal jarak jauh memerlukan
berat badan  yang ringan.

3.         Objektif           :           Untuk mendapat bacaan berat badan.

4.         Peralatan        :           Alat penimbang berat yang standard.
             Nota:
            Pegawai         :           Memerlukan 3 pegawai penguji satu stesyen:
                                                - Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
                                                - Penguji (Membaca ukuran)
                                                - Pencatat
5.         Prosedur         :

            5.1       Alat penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.
           
5.2              Pastikan jarum alat penimbang berat bermula pada skala sifar (0).

5.3          Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi menegak di tengah-tengah alat penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke hadapan.    (Pastikan murid memakai pakaian yang ringan).

6.         Pemarkahan   :           Bacaan diambil hampir kepada 0.5kg.

** (Pastikan tiada benda dalam poket peserta semasa menimbang)

UJIAN 3 : PANJANG DEPA ( ARMSPAN)


1.         Definisi           :           Jarak mendepa dari hujung jari tangan kanan ke hujung
jari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan paras bahu.

2.         Rasional          :
           
2.1       Untuk mendapat ukuran panjang depa.

2.2       Ukuran panjang depa  armspan boleh memberi kesan terhadap pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.

Contoh            :           Atlet renang dan peninju yang
ukuran depa tangannya panjang
mempunyai kelebihan.
Atlet angkat berat memerlukan
depa yang pendek.

3.         Objektif           :           Untuk mendapat ukuran panjang, lengan semasa
mendepa.

4.         Peralatan        :           Pita pengukur (3 meter)
                                                Pita penanda
                                                Papan Klip A4
             Nota:
            Pegawai         :           Memerlukan 3 pegawai penguji satu stesyen:
                                                - Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)     
                                                - Penguji (Membaca ukuran)
                                                - Pencatat

5.         Prosedur         :          

5.1       Pita ukur dilekatkan secara melintang di permukaan
dinding yang rata sepanjang tiga (3) meter. Bacaan sifar
(0)   pada pita ukur hendaklah dilekatkan berada pada
(1)   penjuru dinding.

5.2        Murid berdiri membelakangkan dinding dengan posisi
kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat
ke dinding. Ke dua belah kaki berada dalam posisi rapat.

5.3        Murid mendepakan kedua tangan pada paras bahu dan
ianya selari dengan pita ukur yang dilekatkan secara
melintang di permukaan dinding. Posisi tapak tangan
mesti menghadap ke hadapan.

5.4        Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki menarik
nafas dan tahan nafas serta memandang ke hadapan.

5.5        Ukuran diambil dari bahagian dari hujung jari tangan
kiri hingga ke bahagian paling hujung jari tangan kanan
 (Jika ada kecacatan anggota tangan, ukur pada bahagian
paling hujung anggota tanagan).
Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan papan
klip A4 diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara
menegak di bahagian hujung jari yang bertentangan
dengan jari di hujung penjuru dinding.

5.6  Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

6.         Pemarkahan               :           Bacaan diambil hampir 0.1cm.

Sabtu, 23 April 2011

UJIAN 2 : KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)


1.         Definisi           :           Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala 
semasa posisi duduk melunjur.

2.         Rasional          :           Nisbah ukuran panjang bahagian atas badan dan
bahagian bawah badan memberi kesan terhadap tahap pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.

Contoh :-                    Atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang
panjang, berbadan rendah mendapat kelebihan dalam acara angkat berat.

3.         Objektif           :           Untuk mendapat nisbah (panjang kaki) ukuran bahagian
atas dan bawah badan semasa posisi duduk melunjur.

4.         Peralatan        :           Pita Pengukur (2 meter)
                                                Pita Penanda
                                                Papan Klip A4 atau Sesiku ‘L’ panjang
            Nota:  
            Pegawai         :           Memerlukan 3 pegawai penguji satu stesyen:
                                                - Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
                                                - Penguji (Membaca ukuran)
                                                - Pencatat

5.         Prosedur         :          

5.1              Pita ukur dilekatkan secara menegak dipermukaan dinding yang rata setinggi dua (2)  meter.

5.2              Murid duduk membelakangkan dinding dengan posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat ke dinding dan pita ukur berada di tengah-tengah belakang badan.

5.3              Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat dan melunjur dengan lurus.

5.4              Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas dan memandang ke hadapan.

5.5              Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan clipboard A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala (Pastikan punggung murid tidak terangkat semasa ukuran dibuat).

5.6              Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

6.         Pemarkahan   :           Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm

UJIAN 1 : KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)


1.         Definisi           :           Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas 
kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki. (tidak
memakai kasut dan stokin)

2.         Rasional          :           Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan
terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan.

Contoh :-                    Atlet bola keranjang, bola jaring, pendayung dan
perenang mempunyai kelebihan dari ketinggian manakala atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika rendah.

3.         Objektif           :           Untuk mendapat ukuran ketinggian murid semasa posisi
berdiri.

4.         Peralatan        :           Pita Pengukur (2 meter)
Pita penanda
Papan klip A4 atau  Sesiku ‘L’ panjang
             Nota:
            Pegawai         :           Memerlukan 3 pegawai penguji satu stesyen:
                                                - Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
                                                - Penguji (Membaca ukuran
                                                - Pencatat


5.         Prosedur         :          

5.1              Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata setinggi dua (2) meter.

5.2              Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu, punggung dan tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di tengah-tengah belakang badan tanpa memakai alas kaki.

5.3              Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak tangan mesti rapat di sisi peha.

5.4   Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas, dan memandang kehadapan.

5.5        Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa ukuran diambil).

5.6              Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.

6.         Pemarkahan   :           Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm.


UJIAN-UJIAN TID PERINGKAT SEKOLAH

UJIAN ANTHROPOMETRIK

     1. KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)
     2. KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)
     3. PANJANG DEPA ( ARMSPAN)
     4. BERAT BADAN

UJIAN KECERGASAN

     5. LARI PECUT 40 METER
     6. JANGKAUAN MELUNJUR
     7. LARI ULANG ALIK (1O METER)
     8. LOMPAT JAUH BERDIRI