Sabtu, 23 April 2011

UJIAN 1 : KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)


1.         Definisi           :           Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas 
kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki. (tidak
memakai kasut dan stokin)

2.         Rasional          :           Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan
terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan.

Contoh :-                    Atlet bola keranjang, bola jaring, pendayung dan
perenang mempunyai kelebihan dari ketinggian manakala atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika rendah.

3.         Objektif           :           Untuk mendapat ukuran ketinggian murid semasa posisi
berdiri.

4.         Peralatan        :           Pita Pengukur (2 meter)
Pita penanda
Papan klip A4 atau  Sesiku ‘L’ panjang
             Nota:
            Pegawai         :           Memerlukan 3 pegawai penguji satu stesyen:
                                                - Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
                                                - Penguji (Membaca ukuran
                                                - Pencatat


5.         Prosedur         :          

5.1              Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata setinggi dua (2) meter.

5.2              Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu, punggung dan tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di tengah-tengah belakang badan tanpa memakai alas kaki.

5.3              Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak tangan mesti rapat di sisi peha.

5.4   Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas, dan memandang kehadapan.

5.5        Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa ukuran diambil).

5.6              Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.

6.         Pemarkahan   :           Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm.